Image hosting by Photobucket
Wednesday, September 07, 2005

Received this in my inbox...

Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam??

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar.Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangandiperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakansejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempatbelajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya disuruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal diasrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapurmembantu ibunya.

"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi denganpenuh semangat. "Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjayasaya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidakdiutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadimenggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jikatidak tahu memasak.

Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mestiboleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermaknamakin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Guys, please read this... Jgn dok sibuk cakap kenapa perempuan tak tahumasak... heee... jangan mare...

Berapa ramai suami yang boleh jadi imam ??

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama danungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering digunapakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi danpenyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asinglagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suamisebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatifmempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputermereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perluhandal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalauboleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standardyang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepadalelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadiimam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu tamanperumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?"

Dengus teman wanita yang lain.Betul juga. Berapa kerat lelaki yangmenjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agendautama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalahwanitakini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takutbacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakanisterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isterisembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabiladirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkanwanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus bolehmenjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyahatau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlahsekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

lynn-delysa just penned that down at 5:07 PM

about me
lynn delysa
|singapore|virgo|mid 20's|
|learner|ex-perth|fickled|


Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.comGet awesome blog templates like this one from BlogSkins.com Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.comGet awesome blog templates like this one from BlogSkins.com